Friday 9 December 2011

Dunia dah berubah, manusia?? anak2? berubah ke?


Korang nilai lah sendiri apa yang tertera di atas...aku pun terkejut bila baca semua wall post dia, ish ish dasyat sungguh budak perempuan ni, tak tahu la dia ni jahil, tak tahu hukum hakam dalam hidup, atau sengaja mencari publisiti murahan dengan menulis wall post(fb) sebegitu. Sedihnya melihat perempuan yang sepatutnya baik dalam tutur,beradab, menjaga maruah dan sebagainya tetapi?? hurmm...

Aku kesiankan ibunya yang dah meninggal dunia, pasti merasa sedih bila anak didunia tidak mendoakan baik2 untuk keluarga mahupun ibunya sendiri....astaghfirullah...semoga ini tidak akan terjadi pada aku,dalam keluarga aku,anak2,rakan2 dan korang yang baca ni...amin..


DAN INI PULA RESPON DARI KAWAN FB 

MACAM 2 x 5 JA....~
xada unsur nasihat


YANG INI PULA SIAP ADA PAGE UNTUK DIA LAGI

Sebenarnya ada juga beberapa blog yang sudah keluarkan cerita pasal beliau. Katakan dah heboh satu KL.


Tujuan post ini bukanlah untuk membuka aib orang. Tidak sama sekali. 
Ini adalah bertujuan supaya memberi pengajaran kepada kita sebagai anak hargailah ibu bapa dan keluarga yang sayangkan kita, yang dah besarkan kita bagai menatang minyak yang penuh. 

Sesali la setiap dosa yang kita lakukan terhadap mereka,
jangan ulangi lagi kerana 
apabila kita kembali di sana kelak tak ada jalan untuk berpatah balik.


Tapi akhir2 ni ada juga aku dengar cerita yang dia ni dah berubah sedikit demi sedikit sejak cerita dia ni dah heboh dalam blog ke blog, dari mulut ke mulut atau dia dah terima nasihat yang positif daripada orang lain....Alhamdulillah...

Harap-harap betul lah apa yang dikhabarkan, 
yang baiknya datang daripada YANG MAHA ESA, yang buruk itu kita sama-sama perbaiki
bagi kepentingan sesama saudara Islam.


Friday 7 October 2011

mungkin sekarang duit harta dan kebendaan menjadi ukuran...

gambar hiasan :) tu bukan aku huhu~



lama aku tak menulis...mungkin harini buat aku terasa untuk meluahkan apa yang tersirat dalam hati...kesedihan yang tak dapat ditunjukkan melalui wajah juga tidak terungkap dalam kata-kata juga...aku percaya setiap manusia di muka bumi ini mempunyai pengalaman seperti aku alami...mungkin sekali dua dalam hidup mereka atau pun kerapkali...dari terasa hati sehingga membawa penyakit hati dek kerana hati ini disakiti dan memendam perasaan...pengalaman ini membawa perubahan besar dalam hidup aku...pengalaman dengan rakan-rakan yang selalu meninggalkan aku dalam apa2 jua perkara, tidak kisahlah dalam permainan, pelajaran dan sebagainya...pendek cerita aku selalu menjadi pilihan kedua atau terakhir huh~beratnya rasa ini, mungkin aku tak cukup bagus...

aku sedar perkara ini sejak aku sambung belajar untuk mendapatkan diploma, ketika disinilah cabaran hidup aku diduga...dengan masalah kesihatan ibu aku,keluarga aku diduga lagi dengan masalah ekonomi,kawan2 yang baru ditempat yang baru... oleh itu, aku belajar melakukan segala-galanya seorang diri...aku terpaksa mengukir wajah kegembiraan dan bergurau di hadapan mereka ...aku lega aku masih boleh bertahan sehingga kini, walaupun aku tiada kenderaan untuk bergerak aku mampu membawa diri ini dengan dua kaki yang masih lagi kuat, walaupun aku tidak dapat belanja kawan2 untuk berseronok, aku boleh lagi mengisi perut ini tanpa menyusahkan orang lain...aku bersyukur, walaupun aku tiada kawan2 untuk bersusah senang, aku lega aku ada ahli keluarga tersayang dan kawan lama yang masih ingat dan menjadi sahabat selamanya...Alhamdulillah~

(tapi bila diorang susah cari aku juga~hadoi....)

Tuesday 6 September 2011

~resepi paling simple sekali!

huhu...dah 3 malam aku tak sihat dek kerana penangan minum ais n makan makanan yang pedas, biasalah raya ni banyak pergi rumah ke rumah makanan yang dihidang tak kan nak tengok ja...so, apalagi makan sampai tak ingat badan yang menanggung hehe...2 hari aku tak berapa nak makan sebab demam dan tekak aku mengalami bengkak dan berlendir, waktu macam ni lah rasa sayu sikit sebab ibu aku jauh dari sisi kalau tak time ni aku dah lena bawah jagaan ibu yang tersayang (nak buat macam mana kena habiskan study dulu), dan hari ni barulah aku lalu untuk masak dan makan dan menunya adalah ikan masak rebus...kena berpantang jangan makan makanan berminyak kalau nak sihat huhu~


resepi nya senang ja tak payah susah2...


Bahan-bahan : 



  • Ikan kembong / ikan kayu (1-5 ekor)
  • Halia (sebesar ibu jari) dihiris
  • Serai (1 batang) dititik
  • Tomato (1 biji) dibelah 4



Caranya : masukkan air 2-5 cawan ke dalam periuk  + dengan bahan2 seperti di atas.  Rebus sehingga ikan masak + garam sekucup rasa. 


Tadaaaaa! dah siap sekejap ja...tapi kalau lebih rasa letak lah bawang merah dan bawang putih. Kalau aku, aku suka lebihkan halia boleh buang angin dalam badan. Okaylah setakat ini lah dulu ya,harap korang boleh mencubanya, tata! Assalamualaikum. (:

Monday 5 September 2011

~semakin ditelan zaman...

kenapa aku gunakan tajuk diatas untuk post kali ni hurm...sebenarnya itu yg terlintas difikiran aku jika ada sesuatu yang kurang enak dipandang dalam laman sesawang (laman web) semakin dunia maju kehadapan, berteknologi...semakin bijak penduduk bumi ini menggunakan masa yang ada untuk melakukan pelbagai kerja dan aktiviti dengan hanya menggunakan internet seperti niaga online,chat dengan rakan2 gunakan skype/ym, nak beli tiket wayang pun tak payah berbaris panjang2 tempah ja melalui online dan macam-macam lagi...boleh dikatakan setiap anak muda sekarang tahu menggunakan internet dan jangan hairan kanak2 darjah 1,2 pun dah ada facebook, contohnya anak sedara aku baru ja darjah 2 dah berfacebook bagai...

baguslah sekarang banyak kemudahan yang berteknologi tapi ada ja keburukan yang timbul disebalik kebaikan yang ada...

apa yang aku nak katakan sesetengah pengguna sekarang semakin bijak semakin ditelan arus kemodenan,  tidak menghormati dan ada yang terlampau diluar sifat kemanusiaan yang sepatutnya sebagai contoh menunjukkan keganasan; bergaduh,memukul,mendera dan ada juga yang menayangkan wayang yang tidak sepatutnya terlebih 'seni' sehingga geli mata nak memandang kalau di negara barat kita tidak hairan ni tidak berbangsa melayu beragama Islam pula tu...pagi tadi baru ja buka 'mukabuku' ada pula satu gambar yang tak senonoh dan dikomen oleh salah seorang rakan aku menggunakan ayat yang lucah...ish~ish~ish! begitu mudah maruah seorang perempuan, melayan dan dilayani mengikut nafsu lelaki2 buaya (dah ada anak bini pun tak sedar2 diri!)....ni lah gambar yang aku maksudkan terpaksa blurkan yang sepatutnya harap maklum :)

ni ruangan fb banyak gambar yang terlarang


komen melalui salah seorang rakan fb aku
tapi bila aku tengok profile facebook dia ni, pada pendapat aku mungkin dia lelaki yang sengaja buat benda tak senonoh ni tujuannya aku sendiri tak tahu, suka2?isi masa lapang? atau dia ni memang gila sex...hurm ikut pendapat masing-masing lah ya...namun,bukan ini sahaja banyak lagi laman atau blog atau apa2 ja jenis web yang disalahgunakan oleh orang yang macam kat atas tu! 

Jadi kita sebagai pengguna internet dan teknologi perlulah menggunakan kemudahan ini dengan baik dan bijak jangan sampai adik beradik,suami/isteri kita? (mana tahukan...) dan paling penting anak2 kita tambah-tambah yang bawah umur ni perlu dikawal minda mereka supaya tidak hanyut...Insyallah...

Tuesday 30 August 2011

~Kemerdekaan dan Jalur Gemilang

Merdeka! Merdeka! Merdeka! kita merdeka pada 31 Ogos 1957...pelbagai cerita sejarah yang ditulis untuk dikenang oleh generasi muda kini antaranya Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, dan Bukit Kepong. Cerita ini berdasarkan kisah benar wira sejati untuk kebebasan rakyat di Tanah Melayu. Apa yang menyedihkan adalah bagaimana kemerdekaan itu didefinisikan dalam zaman sekarang...

Suatu masa dahulu kemerdekaan diraikan dengan penuh semangat dan perpaduan antara individu serta menghargai setiap detik kebebasan , tidak perlu takut untuk bersuara dan bertindak melangkah maju ke hadapan. Kini, kemerdekaan hanyalah pada tarikh cuti umum 31 Ogos hari merdeka...diraikan dengan nyanyian lagu yang melalaikan, menari, melepak sana sini...pernah sekali (masa tu aku sek. men.) satu majalah mengeluarkan gambar seorang model hanya bersarungkan Jalur Gemilang (berkemban) dan bendera mini (untuk dilekatkan pada kereta) dibuang ditepi jalan oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab!. 

Mungkin mereka tidak sedar betapa payahnya datuk nenek kita berusaha memperjuangkan kemerdekaan kebebasan sehingga ke titisan darah yang terakhir, tak boleh bayangkan jika kita berada disitu... Kebebasan disini yang aku maksudkan bukanlah kebebasan dalam melakukan 'apa saja' bukan bersosial bebas tanpa batas, bebas untuk menabur fitnah dan bukan bebas sehingga melalaikan diri ianya adalah kebebasan mencari ilmu,kebebasan untuk beribadat, kebebasan mencari rezeki, kebebasan bersuara, kebebasan untuk menaikkan nama bangsa dan negara...Jadi, hargailah setiap kebebasan yang dimiliki, kibarkan Jalur Gemilang, bersyukur di atas kurniaan yang telah Allah s.w.t. berikan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri~Maaf Zahir dan Batin

Selepas bulan Ramadhan menjelmalah Syawwal iaitu hari kemenangan bagi setiap umat Islam. Tetapi ianya hanyalah kemenangan bagi orang Islam yang benar2 mempraktikkan rukun Islam, berpuasa dengan seikhlas hati,menjaga segala pancaindera mata,mulut,telinga,tangan,kaki dan minda,menjaga solat 5 waktu sehari semalam. Diwaktu inilah amal ibadat kita perlu dipertingkatkan kerana bulan Ramadhan adalah bulan paling diberkati. Selepas itu, barulah bulan Syawwal diraikan. Iaitu bulan kemenangan bagi orang islam dalam menangani hawa nafsu di bulan Ramadhan. 

Di samping itu, di Hari Raya Aidilfitri kita wajar bermaaf-maafan untuk memulakan sesuatu selepas berusaha meningkatkan amal ibadat dan melawan hawa nafsu. Sebuah kemaafan itu adalah sesuatu yang sangat berharga bagi setiap orang dari segi zahir dan batin. Terdapat juga sesetengah individu bagaikan 'trend' atau menjadi olok-olok iaitu menyebut 'maaf zahir je yer hehe...' atau 'maaf zahir, batin tak yah'. 

 Adakah mereka faham maksud 'maaf ZAHIR dan BATIN'?? Jika tidak mengapa ayat itu digunakan bertahun2 lamanya kalau adanya maksudnya yang tersirat. Zahir adalah fizikal atau luaran manakala Batin adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita ianya lebih kepada dalaman atau perasaan. Jadi, maaf zahir dan batin perlu disebut sekali kerana sebagai manusia kita tidak tahu apa kesalahan atau kekhilafan yang telah dilakukan tidak termasuk dengan mendengar umpatan orang,melihat orang mengumpat dan menokok tambah lagi cerita dalam umpatan. Tidakkah mengumpat itu seperti memakan darah daging saudara sendiri?. Jadi bermaafan lah kita sesama saudara Islam dan saling memaafkan bukan sahaja di hari raya tetapi di hari lain juga...

~permulaan...

Assalamualaikum... :) saya baru sahaja memulakan perjalanan blog ni...dengan harapan dapat meningkatkan penulisan dan komunikasi saya dalam seharian...Insyallah jika diizikan Allah swt. dapatlah saya berkongsi maklumat,info,pendapat,pengalamn dan sebagainya untuk tatapan pembaca...Sekian Terima Kasih.