Saturday 18 February 2012

Kosong(LIRIK)

Lagu kosong-najwa latif (LIRIK)

Kau melihat diriku

Seperti sesuatu


Yang mencabar dirimu


Akal dan mindamu


Kau mendustaiku


Kau bilang mereka tak tahu


Siapa diriku


Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian


Yang telah engkau berikan


Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit


Membuktikan yang ku tak sakit


Dengan segala perit yang kau berikan


Kini aku pantas berjalan


Bergerak ke hadapan


Dan akan ku buktikan


Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian


Yang telah engkau berikan


Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan


Kau cari cara putar belitkan


Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian


Yang telah engkau berikan


Membuatku rasa

Kosong...kosong







Nak komen sikit pasal lagu ni...sebelum ni lagu najwa latiff aku tak pernah pula nak gemar sangat, dengar macam tu ja lah,  tapi bila aku first2 dengar lagu ni masa dalam TValhijrah rasa 'touching' sebab dengar liriknya bagai ditujukan untuk 'hater' dia dan ada sedikit kematangan dalam lagu ni.  Kasihan najwa latiff ni, biasalah sudah lumrah sebagai orang yang terkenal dan jadi artis ada peminat tapi tidak kurangnya ada juga yang membencinya. Muda-muda lagi dah terima macam-macam kritikan untuk dirinya. Jika tak percaya lihatlah komen2 yang 'berbisa' untuk najwa latiff di YouTube.


Jangan salah bacaan!!!



Sunday 5 February 2012

Enya

Eithne Patricia Ní Bhraonáin (dari Irish) adalah nama sebenar bagi suara yang mengalunkan lagu 'A Day Without Rain' pada tahun 2000 ,disebabkan nama beliau yang sukar disebut kerana mempunyai dialek bahasa Irish iaitu 'Eithne', bagi memudahkannya beliau menggunakan ejaan nama kepada Enya.

Enya Brennan adalah seorang penyanyi, 
instrumentalist dan penulis lagu. Beliau mempunyai suara yang merdu dan lembut.  Suaranya telah menarik ramai peminatnya dan suaranya telah digunakan untuk beberapa lagu oleh artis Hollywood seperti P.Diddy dalam lagu I Don't Wanna Know dan Ready Or Not oleh The Fugees.



Apa yang menariknya kebanyakan orang tahu suara dan lagu Enya namun tidak berapa mengenali wajah beliau.  

Enya berkata " Ramai orang tahu melodi "Enya", tetapi mereka tidak tahu bagaimana rupa saya, atau apa yang sedang saya lakukanDan saya fikir perkara itu bagus ... untuk saya, dan muzik juga. " 

Aku mula tahu mengenai Enya ini ketika lagu hit I Don't Wanna Know ini keluar.  Dan dalam cerita cekerama TV3 (masa tu hari raya Aidilfitri) ada gunakan instrument yang sama. Cari punya cari barulah jumpa dengan Instrument Enya yang bertajuk Boadicea.






Inilah wajah Enya Brennan
sumber Google.com



Lagu yang dibawah ni aku ingat Enya juga yang nyanyi tapi bukan, tapi suaranya pun sedap juga.  Lagu We Will Go Home sebenarnya terdapat dalam filem epik King Arthur (2004). Ceritanya pun best juga.



Land of bear and
Land of eagle

Land that gave us birth and blessing

Land that pulled us ever homewards

We will go home across the mountains



We will go home, we will go home

We will go home, across the mountains

We will go home, we will go home

We will go home, singing our song



Hear our singing,

Hear our longing

We will go home across the mountains



We will go home, we will go home

We will go home, across the mountains

We will go home, we will go home

We will go home, we will go - home.


Saat Kewafatan Rasulullah s.a.w

Video ini ingin dikongsi bersama-sama umat Nabi Muhammad s.a.w.  Cintailah Baginda sepertimana Nabi s.a.w mencintai umat-umatnya.


namun ketika aku melihat video ini sebentar tadi, aku perasan ada perkataan yang tidak sesuai untuk Rasulullah s.a.w seperti 'memekik'. sepatutnya yang membuat video istimewa ini perlu lebih berwaspada kerana Baginda adalah kekasih Allah s.w.t seorang pejuang Islam yang mulia. Harap perbaikilah ia.

Rasulullah s.a.w wafat di pangkuan Saidatina Aishah r.a dan dimakamkan di rumahnya yang terletak di salah satu penjuru Masjid Nabawi. 

Antara Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w




Salam Maulidur Rasul ke atas junjungan  Nabi Muhammad s.a.w serta sahabat sekalian.  Bersempena hari ini malam hikmah ini ingin berkongsi beberapa kisah dan fakta mengenai seseorang yang paling berpengaruh dalam dunia Islam...pada suatu dahulu ianya merupakan hari kegemilangan.Pada 12 Rabiul Awal tahun gajah atau 20 April 571M. merupakan hari kelahiran penyelamat dan pendakwah terhebat pada zaman itu ialah Nabi Muhammad s.a.w. 

Baginda merupakan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t melalui Malaikat Jibril untuk menyampaikan dakwah Islam yang sebenar dan menjadi pemimpin umat Islam sehinggalah kewafatannya pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijriah bersamaan 8 Jun tahun 632 M (usia 63 tahun).  Baginda diangkat menjadi Rasulullah selama 23 tahun, tidak kira derita dan dugaan yang dialami, perjuangan untuk menegakkan Islam tetap diteruskan.

Setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat, baginda telah meninggalkan dua buah pusaka yang diwariskannya kepada ahli keluarga, para sahabat dan umatnya sehingga ke hari ini.

" Aku telah meninggalkan pada kamu semua dua pusaka tidak akan kamu tersesat jalan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu : Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (hadis)."


Al-Hadis


ANTARA MUKJIZAT-MUKJIZAT NABI MUHAMMAD s.a.w





  • Al-Quran merupakan salah satu mukjizat terbesar.
  • Bulan terbelah menjadi 2  bahagian. 


  • gambar hiasan

    • Orang-orang kafir Quraish telah meminta bukti untuk kenabian kepada Rasul s.a.w. Setelah itu Baginda memohon dan berdoa agar Allah s.w.t, maka terbelahlah bulan menjadi 2 bahagian.  Satu bahagian berada di atas Gunung Abu Qubais dan satu lagi berada di bawahnya. Kejadian tersebut disaksikan oleh ramai orang termasuk yang dekat mahupun jauh kedudukannya.  Setelah itu, bertambahlah bilangan orang-orang yang memeluk agama Islam.  Bagaimanapun, orang-orang yang buta hatinya mengatakan bahawa apa yang berlaku adalah sihir semata-mata. Namun terdapat juga dalam riwayat yang lain bahawa kedua belah bulan itu berada di timur dan barat.  Hal ini, Al-Halabi “ berkemungkinan sebelah bulan itu berada di atas puncak gunung Abu Qubais itu adalah ke arah timur yang dibawahnya ke arah barat.” Jadi kedua riwayat tersebut tidak bertentangan.
  • Terbelahnya dada Nabi Muhammad s.a.w. Ianya dilakukan oleh Malaikat Jibril bagi mensucikan hati Rasul s.a.w menggunakan air suci iaitu air zam zam.
  • Pemberitahuan kepada Nabi s.a.w tentang kedudukan bentuk Baitul Muqadis. Hal ini terjadi pada waktu pagi dalam peristiwa Israk ketika kaum Musyrikin Quraisy bertanyakan kepada baginda mengenai sifat bangunan yang berada di Baitul Muqadis yang sebelum ini tidak pernah dikunjungi oleh baginda.  Setelah itu,Malaikat Jibril memberitahu bentuk-bentuk bangunan tersebut kepada baginda sehingga mudah menjelaskan bentuk bangunan Baitul Muqadis kepada orang-orang Musyrikin.
gambar hiasan
  • Dapat menghalang matahari dari terbenam. Sewaktu Baginda melakukan perjalan pulang dari Israk, Baginda telah berjumpa dengan rombongan kafilah dan diberitahu bahawa kumpulan kafilah akan tiba pada waktu sekian. Tetapi pada waktu yang dijangkakan , rombongan kafilah tidak muncul sedangkan matahari semakin terbenam. Dengan izin Allah, matahari itu ditahan sehingga rombongan tersebut datang.
  • Matahari terbit kembali setelah terbenam. Peristiwa ini terjadi di atas berkat doa Nabi Muhammad s.a.w untuk Ali bin Abi Talib r.a supaya Saidina Ali dapat menunaikan solat Asar pada waktunya. 
  • Ketika perang Hunain, Baginda telah melemparkan segenggam pasir ke arah musuh dengan izin Allah s.w.t mereka boleh dikalahkan.
  • Labah-labah yang membuat sarang ketika Baginda bersembunyi serta sepasang burung merpati membuat sarangnya di mulut gua.  Selain itu, terdapat pohon liar tumbuh di pintu gua. Peristiwa ini merupakan  persembunyian Baginda bersama sahabat baik Abu Bakar As Siddiq daripada pemuda-pemuda bangsa Quraisy yang ingin membunuh baginda.
  • Air keluar dari celah-celah jari Nabi s.a.w hingga dapat menghilangkan dahaga bala tentera serta unta-unta dan kuda2. Memberi makanan dengan secupak gandum ketika perang Khandaq kepada seluruh bala tentera malah masih bersisa setelah kenyang. Mukjizat di atas telah terjadi beberapa kali.
  • Ketika Baginda mendaki gunung Uhud bersama Abu Bakar,Umar dan Othman, gunung tersebut bergoncang. Lalu, Baginda berkata "Tenanglah hai Uhud, sesungguhnya di atasmu ini sedang berjalan seorang Nabi, Shiddiq dan dua orang syahid" setelah itu gunung tersebut menjadi tenang.







Friday 9 December 2011

Dunia dah berubah, manusia?? anak2? berubah ke?


Korang nilai lah sendiri apa yang tertera di atas...aku pun terkejut bila baca semua wall post dia, ish ish dasyat sungguh budak perempuan ni, tak tahu la dia ni jahil, tak tahu hukum hakam dalam hidup, atau sengaja mencari publisiti murahan dengan menulis wall post(fb) sebegitu. Sedihnya melihat perempuan yang sepatutnya baik dalam tutur,beradab, menjaga maruah dan sebagainya tetapi?? hurmm...

Aku kesiankan ibunya yang dah meninggal dunia, pasti merasa sedih bila anak didunia tidak mendoakan baik2 untuk keluarga mahupun ibunya sendiri....astaghfirullah...semoga ini tidak akan terjadi pada aku,dalam keluarga aku,anak2,rakan2 dan korang yang baca ni...amin..


DAN INI PULA RESPON DARI KAWAN FB 

MACAM 2 x 5 JA....~
xada unsur nasihat


YANG INI PULA SIAP ADA PAGE UNTUK DIA LAGI

Sebenarnya ada juga beberapa blog yang sudah keluarkan cerita pasal beliau. Katakan dah heboh satu KL.


Tujuan post ini bukanlah untuk membuka aib orang. Tidak sama sekali. 
Ini adalah bertujuan supaya memberi pengajaran kepada kita sebagai anak hargailah ibu bapa dan keluarga yang sayangkan kita, yang dah besarkan kita bagai menatang minyak yang penuh. 

Sesali la setiap dosa yang kita lakukan terhadap mereka,
jangan ulangi lagi kerana 
apabila kita kembali di sana kelak tak ada jalan untuk berpatah balik.


Tapi akhir2 ni ada juga aku dengar cerita yang dia ni dah berubah sedikit demi sedikit sejak cerita dia ni dah heboh dalam blog ke blog, dari mulut ke mulut atau dia dah terima nasihat yang positif daripada orang lain....Alhamdulillah...

Harap-harap betul lah apa yang dikhabarkan, 
yang baiknya datang daripada YANG MAHA ESA, yang buruk itu kita sama-sama perbaiki
bagi kepentingan sesama saudara Islam.