Tuesday 30 August 2011

~Kemerdekaan dan Jalur Gemilang

Merdeka! Merdeka! Merdeka! kita merdeka pada 31 Ogos 1957...pelbagai cerita sejarah yang ditulis untuk dikenang oleh generasi muda kini antaranya Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, dan Bukit Kepong. Cerita ini berdasarkan kisah benar wira sejati untuk kebebasan rakyat di Tanah Melayu. Apa yang menyedihkan adalah bagaimana kemerdekaan itu didefinisikan dalam zaman sekarang...

Suatu masa dahulu kemerdekaan diraikan dengan penuh semangat dan perpaduan antara individu serta menghargai setiap detik kebebasan , tidak perlu takut untuk bersuara dan bertindak melangkah maju ke hadapan. Kini, kemerdekaan hanyalah pada tarikh cuti umum 31 Ogos hari merdeka...diraikan dengan nyanyian lagu yang melalaikan, menari, melepak sana sini...pernah sekali (masa tu aku sek. men.) satu majalah mengeluarkan gambar seorang model hanya bersarungkan Jalur Gemilang (berkemban) dan bendera mini (untuk dilekatkan pada kereta) dibuang ditepi jalan oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab!. 

Mungkin mereka tidak sedar betapa payahnya datuk nenek kita berusaha memperjuangkan kemerdekaan kebebasan sehingga ke titisan darah yang terakhir, tak boleh bayangkan jika kita berada disitu... Kebebasan disini yang aku maksudkan bukanlah kebebasan dalam melakukan 'apa saja' bukan bersosial bebas tanpa batas, bebas untuk menabur fitnah dan bukan bebas sehingga melalaikan diri ianya adalah kebebasan mencari ilmu,kebebasan untuk beribadat, kebebasan mencari rezeki, kebebasan bersuara, kebebasan untuk menaikkan nama bangsa dan negara...Jadi, hargailah setiap kebebasan yang dimiliki, kibarkan Jalur Gemilang, bersyukur di atas kurniaan yang telah Allah s.w.t. berikan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri~Maaf Zahir dan Batin

Selepas bulan Ramadhan menjelmalah Syawwal iaitu hari kemenangan bagi setiap umat Islam. Tetapi ianya hanyalah kemenangan bagi orang Islam yang benar2 mempraktikkan rukun Islam, berpuasa dengan seikhlas hati,menjaga segala pancaindera mata,mulut,telinga,tangan,kaki dan minda,menjaga solat 5 waktu sehari semalam. Diwaktu inilah amal ibadat kita perlu dipertingkatkan kerana bulan Ramadhan adalah bulan paling diberkati. Selepas itu, barulah bulan Syawwal diraikan. Iaitu bulan kemenangan bagi orang islam dalam menangani hawa nafsu di bulan Ramadhan. 

Di samping itu, di Hari Raya Aidilfitri kita wajar bermaaf-maafan untuk memulakan sesuatu selepas berusaha meningkatkan amal ibadat dan melawan hawa nafsu. Sebuah kemaafan itu adalah sesuatu yang sangat berharga bagi setiap orang dari segi zahir dan batin. Terdapat juga sesetengah individu bagaikan 'trend' atau menjadi olok-olok iaitu menyebut 'maaf zahir je yer hehe...' atau 'maaf zahir, batin tak yah'. 

 Adakah mereka faham maksud 'maaf ZAHIR dan BATIN'?? Jika tidak mengapa ayat itu digunakan bertahun2 lamanya kalau adanya maksudnya yang tersirat. Zahir adalah fizikal atau luaran manakala Batin adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita ianya lebih kepada dalaman atau perasaan. Jadi, maaf zahir dan batin perlu disebut sekali kerana sebagai manusia kita tidak tahu apa kesalahan atau kekhilafan yang telah dilakukan tidak termasuk dengan mendengar umpatan orang,melihat orang mengumpat dan menokok tambah lagi cerita dalam umpatan. Tidakkah mengumpat itu seperti memakan darah daging saudara sendiri?. Jadi bermaafan lah kita sesama saudara Islam dan saling memaafkan bukan sahaja di hari raya tetapi di hari lain juga...

~permulaan...

Assalamualaikum... :) saya baru sahaja memulakan perjalanan blog ni...dengan harapan dapat meningkatkan penulisan dan komunikasi saya dalam seharian...Insyallah jika diizikan Allah swt. dapatlah saya berkongsi maklumat,info,pendapat,pengalamn dan sebagainya untuk tatapan pembaca...Sekian Terima Kasih.